Salam Syawal,
Bersyukur kepada Allah kita masih dapat bersama sama menyambut Hari raya Aidilfitri tahun 2014 atau hijrah 1435 ini . semuga saudara/saudari berada didalam kesihatan yang sihat dan sempurna. Selamat panjang umur yang melewati akhir 50 ataupun awal 60. Dua tahun sudah berlalu dengan pelbagai peristiwa suka dan duka kita lalui. Kita kuatkan semangat untuk terus berbakti dan berusaha untuk hidup bersama orang atau keluarga tersayang insha Allah.
Tahun lalu kita ada bertemu didalam pelbagai acara seperti Perjumpaan Tahunan di Wisma Perwira Rejimen Semboyan, Jalan Ampang, Majlis-majlis Perkahwinan anak-anak kita sepanjang tahun, mengeteh di Restoran Al-Din Jalan Dang Wangi, dan Perjumpaan Sarapan Pagi di Tasik Titiwangsa bersama keluarga. Walaupun tidak semua dapat hadir kerana pelbagai sebab yang tidak dapat di elakkan, kita bersyukur kerana masih ramai yang merindui pertemuan itu. Insha Allah kita akan usahakan perjumpaan yang lain.
Tahun ini juga ramai antara kita menyambut ahli keluarga baru seperti menantu-menantu dan juga cucu-cucu
ini juga bermakna jenerasi ketiga kita sudah pun bermula, adakah akan ada kelangsungan peristiwa seperti kita semua lalui dahulu. Insha Allah mungkin tidak sama seperti kita lalui dahulu cuma ada mirip atau persamaan. Kita berdoa agar peristiwa-peristiwa yang indah dan baik sahaja memenuhi kehidupan kita ini.
Selamat Hariraya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Drp. Anuar Jalil
No comments:
Post a Comment