Monday, July 20, 2009

Cadangan tempat Riadah dan mesyuarat Xsmkt ke-3 pada 1hb Ogos 2009

salam....

Insya allah jika di panjangkan umur dan tiada aral melintang....... tempat berjumpa kita kali ini :-
Taman Tasik Perdana , Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.

Saya telah membuat tinjauan semalam......memang sesuai untuk membuat pertemuan itu nanti. sambil2 kita berjoging, bersenam,mengambil angin pagi atau pun apa saja kegiatan kita itu.....!!! yang pasti selepas selesai....... kita sama2 sarapan pagi dengan Pot Luck yang telah kita bawa nanti. sambil kita makan2 kita boleh berbincang tentang hala tuju akitiviti2 Xsmkt atau pun kita cari wakaf berhampiran untuk mengadakan mesyuarat ke-3 kita nanti.

kami mengalu2kan semua kawan2 datang bersama keluarga ...semuga akan dapat mengeratkan lagi silaratuhim antara kita bersama keluarga-keluarga nanti. Bagi anak-anak kita, mereka boleh bermain-main ditaman permainan yang tersedia itu.
Tempat duduk percuma seperti pangkin dan wakaf disediakan oleh DBKL ....cuma kita kena datang awal untuk booking tempat...!!!! kalau tidak bersedialah untuk membawa tikar-tikar sendiri.




kawasan permainan bersebelahan dengan Lake Club




Dua pertemuan sebelum ini :-

1. Wisma Perwira- Semboyan , Jalan Ampang
2. Restoran Kampong Pandan, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Kelainan tempat ini adalah untuk kita pelbagaikan aktiviti2 Xsmkt supaya dapat menarik lebih ramai lagi kawan2 yang akan turut serta. Kita sentiasa mengharapkan sokongan kawan2 untuk menjayakan aktiviti seperti ini. Selepas ini mungkin ada juga cadangan untuk kita membuat konvoi atau kembara berkereta ke Pantai Timur, Utara dan Selatan ......berjumpa kawan2 kita kat sana....... semuga segala cadangan ini menjadi kenyataan

Sebagai persediaan untuk hari tersebut kami mencadangkan setiap kita membawa satu jenis Pot Luck agar tiada pertindihan makanan dan minuman seperti berikut :-
1. Minuman Panas - oleh........
2. Nasi Lemak - oleh Safizan
3. Kuih-Kuih - oleh .........
4. Kek - oleh Anuar Jalil
5. Mee Hon goreng - oleh......
6. Minuman sejuk - oleh......
7. Goreng Pisang - oleh.....
8. Nasi Dagang - oleh...
9. Paper cup,pinggan, sudu dan garpu - oleh....
10.Apa-apa aje - oleh.....

ini sebagai contoh untuk kita fikirkan bersama..........sila komen dan beri cadangan nanti..????



kawasan berhampiran dengan Boat House


kawasan berhadapan Tasik Perdana