Tuesday, March 23, 2010

Lagi!!! ....jumpa seorang cikgu.......

Salam semua warga Xsmkt ,

Hari ini sungguh bersejarah, berkat usaha saudara Yamin Dolhadi maka pertemuan ini menjadi kenyataan untuk kami yang ada kesempatan dan kelapangan masa di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ini lah dia Cikgu Yaakob Bachek dari Paya Rumput. semuga kenangan2 lama akan dapat kita imbau kembali.
Turut serta semasa pertemuan itu adalah Yamin Dolhadi, Asri Dolhadi, Jaafar Mustaffa, Yusoff Baharom dan saya. Keriangan Cikgu Yaakob Bachek terselah dengan usikan dan gurauan dari kami semua. Beliau tak sangka pertemuan ini selepas 33 atau 34 tahun yang lalu. Waktu mencemburui kami, sebab kami harus bertugas kembali walaupun pertemuan itu berakhir selepas jam 2.30ptg. Mungkin selepas ini kita akan berjumpa kembali di Melaka dengan ramai lagi bekas-bekas guru SMKT......amin
Terima kasih dan penghargaan atas pembiayaan makan tengah hari oleh saudara yamin Dolhadi

Sunday, March 14, 2010

Cikgu2 Kami dah ...bertemu kembali......

Salam.....

Kami dah jumpa cikgu2 semasa era 70......... minggu lepas
1. Cikgu Marti Siren
2. Cikgu Hj Yaakob Hj Ibrahim

Rombongan dari KL bertolak pada jam 3.00 petang dan singgah di Rembau untuk menbawa bersama Cikgu Marti ke Sungai Mati, Muar. Kami tiba di rumah Cikgu Hj. Yaakob pada jam 5.20 ptg. Pertemuan bersejarah ini amat dinanti Cikgu Hj. Yaakob setelah sekian lama berpisah. Cerita-cerita lama pun terbongkar dengan helaian ketawa yang tak terkawal. Masing-masing ada aje cerita lucu yang boleh menjadi bahan ketawa. Hidangan yang disediakan tidak dijamah walau berulang kali isteri cikgu mempelawa kami, Maklumlah tengah seronok berborak-borak.
Tiada segan silu bercerita tentang kisah-kisah lampau ada lucu dan ada sedih. Akhirnya kami terpaksa akur untuk menjamah hidangan yang disediakan sambil diselang seli dengan cerita-cerita masa lalu. Peristiwa lalu masih terpahat diingatan mereka walaupun selepas 34 tahun yang lalu. Rombongan berangkat pulang ke KL pada jam 7.15 petang. Turut sertai dalam rombongan adalah Yunos Mohamad, Hajah Suriati dan suami dari muar , Haridan Ismail, Shafizan Md Sharif, Amir Hamzah, Zainal Abidin Jamaluddin, Anuar Jalil dan Cikgu Marti.


3. Cikgu Hajah Siti Zaharah

Rombongan ke rumah Cikgu Hjh Siti Zaharah disertai oleh Cikgu Hjh Siti Aishah, Nor Azizah, Haridan Ismail , Shafizan Md Shariff dan Anuar Jalil. Cikgu Hjh Siti Zaharah pun mempunyai banyak cerita yang lucu dan sedih. Pengalaman mengajar anak-anak askar begitu seronok dan membanggakan selepas melihat kejayaan mereka. semuga jasa-jasa cikgu-cikgu itu sama-sama kita hargai sehingga akhir hayat.
Sekalung tahniah dan terima kasih atas jasamu yang mencurahkan ilmu dan tenaga kepada kami sehingga membentuk kami menjadi insan yang berjaya.