Monday, August 3, 2009

Mesyuarat dan Riadah 1/08/09 di tukar Lokasi ke Taman Tasik Titiwangsa




Atas sebab-sebab tertentu kami tukar lokasi perjumpaan ke Taman Tasik Titiwangsa
saya dan isteri dah sampai awal jam 0735 pagi lagi........belum nampak kelibat kawan-kawan yang lain......biasa lah tu......dengan jalan jam,tak dapat latest info, Pot Luck yang belum siap dan pelbagai lagi ........... lumrah hidup kita yang sering berlaku perkara-perkara yang tidak kita rancang..?????
sambil perhati dan menunggu, saya ajak isteri buat jogging and fast walk keliling tasik yang hampir 2.6km satu pusingan.....sambil-sambil tu tengok-tengok juga tempat yang sesuai untuk aktiviti tersebut....ada dua wakaf besar kat belakang Restoran Nelayan dan berhampir pula dengan Playground kanak-kanak. Jogging pagi begini selalu buat di tasik perdana dan tasik permaisuri.....
Mula- mula jumpa Norfariza dan suami......selepas itu jumpa Shamsur Annuar dan keluarga nak minum pagi kat gerai tepi tasik tu.......join mereka. Lepas tu macam peluru pulak mereka sampai.....Safizan dan keluarga,Ahmad Fahdil, Mohd Nasir dan anak-anak, Zulkifli Saini dan Haridan Ismail dan keluarga.

selepas berkumpul di tempat tertemuan itu kami bergerak kelokasi berhampiran dengan Taman Permainan kanak-kanak
apalagi setelah sampai di wakaf tersebut........bermulalah acara pertama .......ia-itu.....makan.....makan....makan
waktu pun dah memang time sarapan pagi.........POT LUCK yang begitu mewah dan banyak disediakan oleh isteri Kawan-kawan...... sukur-sukur dapat isteri-isteri yang pandai memasak.......ada Laksa....,Pie ,Sandwich ,Nasi Lemak bungkus ,Kuih Seri Muka ,Kuih Lepat pisang, Cucuh Kodok Pisang , Roti Jala, Kek (beli kat kedai bakery) , Air Kotak dan dan Air Sirap Cingcau.....berselera sungguh kami makan....



semasa kami sedang seronok-seronok menjamu selera.....dua lagi kawan kita sampai......Sulaiman dan Latif Osman sekeluarga....apa lagi...join aje...
selepas selesai makan dan bercerita kami teruskan mesyuarat yang berlanjutan sehingga 11.40pagi....berkisar tentang majlis Tahlil arwah pada 13/08 ini di surau Semboyan Mindef, buka akuan amanah untuk tabung Xsmkt bagi kemudahan kawan-kawan buat sumbangan , Perjumpaan Xsmkt di Rahman Putra, sg. buluh dan persiapannya, Cadangan mengadakan dua pertemuan selepas ini sebelum 24/10 itu nanti. mungkin ada satu jamuan raya kat rumah kawan-kawan ke..???? dan seminggu sebelum dan lain-lain hal. lepas mesyuarat ....perut dah lapar lagi........terus makan apa-apa yang ada .......pun tak habis.....sehingga ta-pau sesama kawan-kawan.
sembang-sembang dan borak-borak(cerita-cerita pengalaman,business,lawak dan pelbagai) kami berlarut sehingga pukul 1.00ptg.......masing-masing ada urusan dan undangan selepas itu.....maka kami bersurai.......terima kasih kepada DBKL yang mengujudkan tempat riadah yang boleh kita banggakan.....

Selamat Hari Pahlawan
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

No comments: