Salam kepada semua Umat Islam diMalaysia
Dengan ketibaan bulan Ramadan dalam sedikit masa lagi. Tentu lah ramai antara kita akan membuat persiapan seperti berpuasa syaaban, majlis kenduri sambutan syaaban & ramadan, kesyukuran, tahlil arwah dan etc. tak kurang juga kenduri perkahwinan.
Persediaan lain seperti tempahan menunaikan umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah semasa bulan ramadan, tempahan majlis berbuka puasa diHotel-hotel, tempahan Kuih raya pun dah bermula, tempahan baju raya dah lama bermula, sebab kedai jahitan dah lama x terima tempahan baru???? selain itu bermula juga tempahan tiket bas, kapal terbang dan kapal laut untuk perjalanan balik kekampong halaman.
Akan ada banyak kebaikan yang akan kita tempohi semasa bulan tersebut. terlalu banyak untuk dihuraikan. Masjid-masjid pasti penuh sesak dengan Jemaah Terawikh yang pelbagai....!!!! dimana saf-saf jemaah akan berkurangan apabila menjelang hari hari terakhir..????. Mungkin ramai akan pulang kekampong halaman, menyediakan persiapan akhir seperti mengecat, tukar langsir, buat kuih-kuih dan macam lagi.
Saat saat akhir sebelum sholat raya pasti akan ada lagi orang-orang yang belum dapat membayar zakat fitrah yang wajib atas diri dan tanggungannya. Maklumlah nak ambil afdal dan sunatlah katakan!!!!. Maka akan sibuklah para amil-amil menjalankan tugas sehinggakan jadual sholat raya pun tertunda-tunda.
Ziarah pusara sudah menjadi kelaziman masa kini dengan berpusu-pusu seluruh keluarga membanjiri kawasan perkuburan. Lautan kereta dan manusia yang menyesakkan persekitaran bagaikan pesta pulak???? harapan agar penziarah-ziarah tadi akan mengambil ikhtibar dan keinsafan tentangan azab-azab kubur dan alam barzakh.
Sambutan raya nanti pasti meriah sehingga sepanjang sebulan Syawal . Adakalanya sambutan majlis raya tersebut sehingga terlangkau kebulan Zulkaedah. Yang pastinya selama sebulan tu hujung-hujung minggu pastinya makan free ...ada penganjur majlis. Ada juga kes dimana kerana nak menunjuk-nunjuk majlis sambutan raya dengan jiran,rakan sepejabat dan bos-bos maka pokai gaji bulan tersebut....naya betul dibuatnya!!!
Tapi tak semua kita berperangai macam tersebut........semuga ia menjadi tauladan dan panduan kepada kita. Saya doakan agar kita dilindungi dari perkara yang tidak baik itu. Fikir-fikirkan nasib kita bagaimana nanti.
Selamat berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini
1972..1973..1974..1975..1976..1977..1978.....dan seterusnya......... Bekas pelajar Sekolah Menengah Kem Terendak, Melaka ... ramai yang sudah melalui zaman-zaman kegemilangannya sehingga terpanggil untuk bersua, menyapa, berjabat, bersalaman dan mengimbau kisah-kisah silam yang sentiasa dibenak fikiran....dan kekal sebagai .........satu atau....????? nostalgia
Friday, July 23, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Perjumpaan dengan XSMKT & XAPAT dari tahun 1978 kebawah
Salam kepada semua bekas pelajar SMKT dan APAT bertemu kembali pada 10 Julai 2010 di Putra Sayang Resort. Majlis ini di usahakan oleh bekas pelajar dari tahun 1979 -1985. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih diatas jemputan tersebut. Masih banyak yang perlu dilakukan agar lebih ramai lagi dapat dikumpulkan. semuga usaha ini diteruskan sehingga mendapat kejayaan. Penganjur perlu sabar mengehadapi dugaan ini.
Aturcara majlis bermula dari jam 2.00 ptg
10/7/2010
1. 2.00 ptg - Check in
2. 3.00 ptg -Acara bebas
3. 7.30mlm - Sholat Magrib, Bacaan Yassin & Tahlil Arwah
4. 8.40mlm - Sholat Ishak
5. 9.00mlm - Ucapan oleh Pengerusi penaja
6. 9.30mlm - Jamuan Makan
7.10.30mlm - Acara Bebas & sembang-sembang
11/7/2010
1. 8.00pagi - Sarapan pagi
2. 10.00pagi - Acara Bebas
3. 11.30pagi - Check out
4. 12.30tgh - bergerak ke Kem Terendak - Lawatan Asrama & sekolah
5. 2.00ptg - Makan tengah hari di Asrama APAT
6. 3.30ptg - Bersurai
Bekas pelajar 1974 dari kiri Anuar Jalil, Kamaruddin Zainal & Wahi Anuar
Pertemuan kembali Abang Tamby aka Tukang Masak APAT dengan Wahi Anuar
Ini Cikgu Yaakob Ibrahim dan isteri
Ini pertemuan Cikgu Marti Siren ,Cikgu Zakaria dan Hussin Sidek
Aturcara majlis bermula dari jam 2.00 ptg
10/7/2010
1. 2.00 ptg - Check in
2. 3.00 ptg -Acara bebas
3. 7.30mlm - Sholat Magrib, Bacaan Yassin & Tahlil Arwah
4. 8.40mlm - Sholat Ishak
5. 9.00mlm - Ucapan oleh Pengerusi penaja
6. 9.30mlm - Jamuan Makan
7.10.30mlm - Acara Bebas & sembang-sembang
11/7/2010
1. 8.00pagi - Sarapan pagi
2. 10.00pagi - Acara Bebas
3. 11.30pagi - Check out
4. 12.30tgh - bergerak ke Kem Terendak - Lawatan Asrama & sekolah
5. 2.00ptg - Makan tengah hari di Asrama APAT
6. 3.30ptg - Bersurai
Bekas pelajar 1974 dari kiri Anuar Jalil, Kamaruddin Zainal & Wahi Anuar
Pertemuan kembali Abang Tamby aka Tukang Masak APAT dengan Wahi Anuar
Ini Cikgu Yaakob Ibrahim dan isteri
Ini pertemuan Cikgu Marti Siren ,Cikgu Zakaria dan Hussin Sidek
Subscribe to:
Posts (Atom)