1972..1973..1974..1975..1976..1977..1978.....dan seterusnya......... Bekas pelajar Sekolah Menengah Kem Terendak, Melaka ... ramai yang sudah melalui zaman-zaman kegemilangannya sehingga terpanggil untuk bersua, menyapa, berjabat, bersalaman dan mengimbau kisah-kisah silam yang sentiasa dibenak fikiran....dan kekal sebagai .........satu atau....????? nostalgia
Thursday, September 9, 2010
Selamat Hari Raya AidilFitri
kepada semua warga XSMKT dan XAPAT
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
semuga tahun ini akan membawa kebahagian, kesihatan dan kekayaan
Jika ada kelapangan nanti kita akan bertemu kembali ........
Kita harus bersyukur kerna diberi kesihatan yang sempurna dan dipanjangkan umur
Semuga bertemu kembali di ramadhan tahun hadapan
Amin.......
Saturday, August 7, 2010
Friday, July 23, 2010
Penantian Ramadan yang ditunggu..... Umat Islam Malaysia
Dengan ketibaan bulan Ramadan dalam sedikit masa lagi. Tentu lah ramai antara kita akan membuat persiapan seperti berpuasa syaaban, majlis kenduri sambutan syaaban & ramadan, kesyukuran, tahlil arwah dan etc. tak kurang juga kenduri perkahwinan.
Persediaan lain seperti tempahan menunaikan umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah semasa bulan ramadan, tempahan majlis berbuka puasa diHotel-hotel, tempahan Kuih raya pun dah bermula, tempahan baju raya dah lama bermula, sebab kedai jahitan dah lama x terima tempahan baru???? selain itu bermula juga tempahan tiket bas, kapal terbang dan kapal laut untuk perjalanan balik kekampong halaman.
Akan ada banyak kebaikan yang akan kita tempohi semasa bulan tersebut. terlalu banyak untuk dihuraikan. Masjid-masjid pasti penuh sesak dengan Jemaah Terawikh yang pelbagai....!!!! dimana saf-saf jemaah akan berkurangan apabila menjelang hari hari terakhir..????. Mungkin ramai akan pulang kekampong halaman, menyediakan persiapan akhir seperti mengecat, tukar langsir, buat kuih-kuih dan macam lagi.
Saat saat akhir sebelum sholat raya pasti akan ada lagi orang-orang yang belum dapat membayar zakat fitrah yang wajib atas diri dan tanggungannya. Maklumlah nak ambil afdal dan sunatlah katakan!!!!. Maka akan sibuklah para amil-amil menjalankan tugas sehinggakan jadual sholat raya pun tertunda-tunda.
Ziarah pusara sudah menjadi kelaziman masa kini dengan berpusu-pusu seluruh keluarga membanjiri kawasan perkuburan. Lautan kereta dan manusia yang menyesakkan persekitaran bagaikan pesta pulak???? harapan agar penziarah-ziarah tadi akan mengambil ikhtibar dan keinsafan tentangan azab-azab kubur dan alam barzakh.
Sambutan raya nanti pasti meriah sehingga sepanjang sebulan Syawal . Adakalanya sambutan majlis raya tersebut sehingga terlangkau kebulan Zulkaedah. Yang pastinya selama sebulan tu hujung-hujung minggu pastinya makan free ...ada penganjur majlis. Ada juga kes dimana kerana nak menunjuk-nunjuk majlis sambutan raya dengan jiran,rakan sepejabat dan bos-bos maka pokai gaji bulan tersebut....naya betul dibuatnya!!!
Tapi tak semua kita berperangai macam tersebut........semuga ia menjadi tauladan dan panduan kepada kita. Saya doakan agar kita dilindungi dari perkara yang tidak baik itu. Fikir-fikirkan nasib kita bagaimana nanti.
Selamat berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini
Tuesday, July 13, 2010
Perjumpaan dengan XSMKT & XAPAT dari tahun 1978 kebawah
Aturcara majlis bermula dari jam 2.00 ptg
10/7/2010
1. 2.00 ptg - Check in
2. 3.00 ptg -Acara bebas
3. 7.30mlm - Sholat Magrib, Bacaan Yassin & Tahlil Arwah
4. 8.40mlm - Sholat Ishak
5. 9.00mlm - Ucapan oleh Pengerusi penaja
6. 9.30mlm - Jamuan Makan
7.10.30mlm - Acara Bebas & sembang-sembang
11/7/2010
1. 8.00pagi - Sarapan pagi
2. 10.00pagi - Acara Bebas
3. 11.30pagi - Check out
4. 12.30tgh - bergerak ke Kem Terendak - Lawatan Asrama & sekolah
5. 2.00ptg - Makan tengah hari di Asrama APAT
6. 3.30ptg - Bersurai
Bekas pelajar 1974 dari kiri Anuar Jalil, Kamaruddin Zainal & Wahi Anuar
Pertemuan kembali Abang Tamby aka Tukang Masak APAT dengan Wahi Anuar
Ini Cikgu Yaakob Ibrahim dan isteri
Ini pertemuan Cikgu Marti Siren ,Cikgu Zakaria dan Hussin Sidek
Tuesday, May 4, 2010
Genap 1 Tahun selepas .....1Mei (Batch 1974-1978)
Dari kiri Hadapan : Sulaiman, Zainal Abidin, Nazlan, Norfariza Yahya, Dzulkifli Yunos, Norazizah, Azahar Osman, Amir Hamzah dan Anuar Jalil
Belakang : NorAlami dan isteri, Mazni, Sabirin, Mat Safri dan Norhisham
Selepas setahun yang lepas.......kali ini kita bertemu di Callie Room, Theme Park Hotel, Genting Highland. Temu janji sepatutnya bermula jam 2.00 ptg atas sebab kesesakan jalan
dan parking, Dengar cerita ada yang dah sampai tetapi disebabkan kawasan parking yg terhad ketika itu, mereka terus balik....kesihan!!!!. Kami berjaya mengumpulkan 14 bekas-bekas pelajar SMKT dan 10 ahli keluarga mereka. Matlamat utama adalah untuk menemukan kembali Azahar Osman yang menjadi penghuni tetapdan perkerja setia Genting Highland. Amat teruja sungguh kami dengan pertemuan ini. Disamping itu buat pertama kali saudara Nazlan Abul 'As (dari kedah bersama Mat Safri dan Sabirin) muncul selepas berchating di internet. Bersyukur kpd Allah,kerana dengan izinnya kami dapat berjumpa lagi. Kepada yang tiada kesempatan kami doakan kesihatan dan umur yang panjang agar dapat bertemu ditahun hadapan- Cadangan Reunion nak ke Utara pulak. Kita harapkan kawan-kawan di utara akan mengambil cabaran ini. Bagi kawan-kawan yang tiada kesempatan sebab pelbagai urusan dan kegiatan kekeluargaan kami sentiasa berdoa akan bertemu di lain kesempatan.
Zainal Abidin, Dzulkifli Yunos dan Sulaiman Shuib
Pertemuan itu bermula dengan pelbagai persoalan??? siapa kau??? ,cuba teka???, alah!!!, kita kan sama-sama??? ,kat mana???, sama- sama mengusik??? ,sama-sama kembara basikal ke???
dan banyak lagi persoalan sehingga mereka dapatkan ayat ayat azimat dan titik nokta ????perkenalan itu??? . Jangan lupa makan dah lah!!! sebab makan di sediakan amat banyak dan sedap sekali. Saudara Azhar memaklumkan jika habis.......pasti ditambah lagi!!! selain itu diskaun Theme Park menanti selepas ini. acara malam di serikan dengan Pertunjukan bunga api oleh Genting Highland acara sambutan Hari Pekerja. meriah sungguh!!!!! (tumpang acara Genting)
Nazlan dan Mazni.......cerita serius aje!!!!!!!
Tuesday, March 23, 2010
Lagi!!! ....jumpa seorang cikgu.......
Hari ini sungguh bersejarah, berkat usaha saudara Yamin Dolhadi maka pertemuan ini menjadi kenyataan untuk kami yang ada kesempatan dan kelapangan masa di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ini lah dia Cikgu Yaakob Bachek dari Paya Rumput. semuga kenangan2 lama akan dapat kita imbau kembali.
Turut serta semasa pertemuan itu adalah Yamin Dolhadi, Asri Dolhadi, Jaafar Mustaffa, Yusoff Baharom dan saya. Keriangan Cikgu Yaakob Bachek terselah dengan usikan dan gurauan dari kami semua. Beliau tak sangka pertemuan ini selepas 33 atau 34 tahun yang lalu. Waktu mencemburui kami, sebab kami harus bertugas kembali walaupun pertemuan itu berakhir selepas jam 2.30ptg. Mungkin selepas ini kita akan berjumpa kembali di Melaka dengan ramai lagi bekas-bekas guru SMKT......amin
Terima kasih dan penghargaan atas pembiayaan makan tengah hari oleh saudara yamin Dolhadi
Sunday, March 14, 2010
Cikgu2 Kami dah ...bertemu kembali......
Kami dah jumpa cikgu2 semasa era 70......... minggu lepas
1. Cikgu Marti Siren
2. Cikgu Hj Yaakob Hj Ibrahim
Rombongan dari KL bertolak pada jam 3.00 petang dan singgah di Rembau untuk menbawa bersama Cikgu Marti ke Sungai Mati, Muar. Kami tiba di rumah Cikgu Hj. Yaakob pada jam 5.20 ptg. Pertemuan bersejarah ini amat dinanti Cikgu Hj. Yaakob setelah sekian lama berpisah. Cerita-cerita lama pun terbongkar dengan helaian ketawa yang tak terkawal. Masing-masing ada aje cerita lucu yang boleh menjadi bahan ketawa. Hidangan yang disediakan tidak dijamah walau berulang kali isteri cikgu mempelawa kami, Maklumlah tengah seronok berborak-borak.
Tiada segan silu bercerita tentang kisah-kisah lampau ada lucu dan ada sedih. Akhirnya kami terpaksa akur untuk menjamah hidangan yang disediakan sambil diselang seli dengan cerita-cerita masa lalu. Peristiwa lalu masih terpahat diingatan mereka walaupun selepas 34 tahun yang lalu. Rombongan berangkat pulang ke KL pada jam 7.15 petang. Turut sertai dalam rombongan adalah Yunos Mohamad, Hajah Suriati dan suami dari muar , Haridan Ismail, Shafizan Md Sharif, Amir Hamzah, Zainal Abidin Jamaluddin, Anuar Jalil dan Cikgu Marti.
3. Cikgu Hajah Siti Zaharah
Rombongan ke rumah Cikgu Hjh Siti Zaharah disertai oleh Cikgu Hjh Siti Aishah, Nor Azizah, Haridan Ismail , Shafizan Md Shariff dan Anuar Jalil. Cikgu Hjh Siti Zaharah pun mempunyai banyak cerita yang lucu dan sedih. Pengalaman mengajar anak-anak askar begitu seronok dan membanggakan selepas melihat kejayaan mereka. semuga jasa-jasa cikgu-cikgu itu sama-sama kita hargai sehingga akhir hayat.
Sekalung tahniah dan terima kasih atas jasamu yang mencurahkan ilmu dan tenaga kepada kami sehingga membentuk kami menjadi insan yang berjaya.
Monday, February 22, 2010
Perancangan Akiviti2 XSMKT
1. Golf - Mac ini tarikh masih terbuka
2. Berkelah di Pulau Pangkor pada 27/03 - 28/03
3. Candat sotong Pulau Kapas pada 17/04- 19/04
4. Bowling pada 8/05 atau 15/05
5. Berkelah di Port Dickson 5/06
6.Tahlil dan doa selamat sempena sambutan Ramadan 7/08
7.Majlis berbuka Puasa 21/08
8.Sambutan Hari Raya di Tasik Titiwangsa 25/09
Cadangan dan sumbangan fikiran dan kewangan dari ahli-ahli XSMKT untuk menambah aktiviti amat-amat dialu-alukan.
Friday, February 12, 2010
Mesyuarat Pertama XSMKT 2010 pada 21-2-2010
1. Buat kali pertamanya bagi tahun 2010, mesyuarat XSMKT Siri 06/10 akan di adakan seperti berikut:-
Tarikh : 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 1000 pagi
Tempat : Wisma Perwira, Rejimen Semboyan DiRaja, Jalan Ampang, KL
2. Agenda mesyuarat:-
a. Ucapan Pengerusi.
b. Pengesahan dan semakan minit mesyuarat Siri 05/09.
c. Lapuran Kewangan.
d. Perancangan aktiviti XSMKT sepanjang tahun 2010.
e. Hal-hal lain (Cadang dari tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan).
3. Semua AJK serta tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut.
Terima kasih.
Shafizan bin Mohd Shariff
Setiausaha
Monday, January 25, 2010
Ada sesiapa yang tertinggal ....???????
kami alu-alukan anda semua untuk menyertai XSMKT
mungkin ramai yang masih belum mendaftar atau mengetahui ujudnya
XSMKT blog ini.
sila layari http://groups.yahoo.com/group/xsmkt untuk pelbagai aktiviti semasa kami
daftar segera semoga persahabatan dengan kawan2 lama akan terjalin kembali....
SIAPA YANG ANDA KENAL???
kepada
Kol. Hj Mohd Anuar bin Rejaluddin
En Ahmad bin Fadzil
Puan Haslina Zainuddin
Staf-staf IPDA Port Dickson
dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis itu
( Penganjur Majlis An Evening at Port Dickson pada 26/12/2009 )
Batch 1974- 1976
dari kiri Anuar Jalil, Kol. Hj Md Anuar, Rahmah Omar
Batch 1973 - 1975
duduk dari kiri Rahim , Hawa, Kol Hj Mohd Anuar, Nora, Fauziah, Haslina
berdiri dari kiri Mej Nik Hasni, Shamsuddin Malek, Azulkarnian Ahmad Fadzil, Rosli
Batch 1972 -1974
duduk dari kiri Norshamsiah, Kol Hj Mohd Anuar, Kol Zolkifli Saini, Nurul Akma, Faridah Zainal
berdiri dari kiri Shafizan, Asmady, Zally Ujang, Kamaruzaman, Sazali , Haridan Ismail